Error
  • JFolder: :files: Path is not a folder. Path: images\course\courseinfo

 {gallery}mm-feb2015{/gallery}

  ENGLISH VERSION                   VERSI BAHASA MALAYSIA  


NOTIS PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA


 

Mines Resort Berhad, syarikat-syarikat berkaitan, kumpulan syarikat Mines Resort Berhad bersekutu, entity yang dikawal bersama dan subsidiari-subsidiari (kemudian dikenali secara kolektif sebagai “Mines Resort Berhad”) menghormati privasi informasi dan data peribadi yang diberikan oleh kamu kepada Kumpulan Mines Resort Berhad. Untuk tujuan Notis Privasi dan Perlindungan Data ini, perkataan “kami” merujuk kepada syarikat-syarikat di dalam Kumpulan Mines Resort Berhad.

Notis Privasi dan Perlindungan ini menggariskan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mengendalikan dan melindungi informasi dan data peribadi yang diberikan kepada kami dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Walau bagaimanapun, kami boleh meminda Notis Privasi dan Perlindungan Data ini tanpa memberikan sebarang notis bertulis terlebih dahulu tetapi kemudiannya, pindaan-pindaan sedemikian akan dinotifikasikan melalui laman web kami.

 

A. DESKRIPSI DATA PERIBADI

Jenis-jenis data peribadi:

  • Nama, bangsa, tarikh lahir, jantina, kewarganegaraan, Nombor Kad Pengenalan, nombor passport, sejarah kerja (termasuk dahulu dan kini), latar belakang pendidikan, maklumbalas majikan, kajian prestasi, rujukan, butir-butir majikan yang lepas atau sesiapa orang yang dirujuk oleh kamu kepada kami, nombor EPF, nombor SOCSO, nombor rujukan cukai, pekerjaan, salam;
  • butir-butir hubungan termasuk nombor telefon rumah, nombor telefon mudah alih, nombor telefon tempat kerja, emel, alamat rumah dan alamat surat-menyurat, nombor faks, butir-butir hubungan kecemasan;
  • sebarang data peribadi yang diperolehi dari mana-mana perjanjian atau kontrak yang ditandatangani antara kamu dan kami;
  • butir-butir kad kredit, nombor bank akaun; dan
  • apa-apa data peribadi dan informasi yang diberikan oleh kamu, dikumpulkan dan diberikan kepada kami untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di Bahagian C dibawah.

 

B. SUMBER DATA PERIBADI

Kami mengumpulkan data peribadi dari sumber-sumber berikut (tidak terhad):

  • dari perjanjian-perjanjian yang ditandatangani dan dilaksanakan antara kamu dan kami;
  • dari apa-apa borang yang dikemukakan oleh kamu melalui laman web kami;
  • dari apa-apa borang (sama ada elektronik atau cetakan) yang dikemukakan oleh kamu semasa mana-mana acara promosi atau pemasaran produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • dari pendaftaran kamu di laman web kami;
  • dari apa-apa emel atau surat-menyurat yang dihantar kepada kami yang mana termasuk data peribadi kamu;
  • dari sebarang dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada kami untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di Bahagian C dibawah; dan
  • dari pihak ketiga termasuk wakil perundangan kamu, agen-agen kami, syarikat-syarikat acara, majikan kamu yang lepas.

 

C. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Kami akan memproseskan data peribadi yang dikumpulkan dan digunakan oleh kami untuk, antara lainnya, tujuan-tujuan berikut:

  • serahan notis-notis, perkhidmatan, produk-produk dan pemasaran dan promosi perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan untuk kamu ; dan/atau
  • supaya membolehkan kamu memasuki perjanjian-perjanjian dan/atau kontrak-kontrak yang sewajarnya untuk membeli produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan daripada kami; dan/atau
  • untuk  penyelenggaraan pangkalan data pelanggan dan proses perkhidmatan pelanggan yang berkaitan; and/or
  • untuk tujuan tuntutan insurans; dan/atau
  • untuk tujuan bil dan kewangan, perakaunan dan cukai; dan/atau
  • untuk tujuan pentadbiran; dan/atau
  • untuk mematuhi keperluan undang-undang dan statutori; dan/atau
  • untuk tujuan menghubungi kamu; dan/atau
  • untuk membalas persoalan-persoalan pelanggan; dan/atau
  • untuk tujuan penyelidikan termasuk tetapi tidak terhad kepada pemeliharaan dan penjagaan rekod-rekod sejarah dan statistik; dan/atau
  • membekalkan pelanggan melalui komunikasi-komunikasi biasa berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh kami;  dan/atau
  • menyiasat aduan atau maklum balas; dan/atau
  • memberikan kamu perkhidmatan-perkhidmatan, produk-produk atau manfaat-manfaat yang ditawarkan oleh Kumpulan Mines Resort Berhad, syarikat-syarikat bersekutu atau mana-mana pihak ketiga yang dipilih yang mana kami berpendapat bahawa ia berkemungkinan  memberi manfaat kepada kamu; dan/atau
  • untuk memproses permohonan kamu; dan/atau
  • kutipan bayaran-bayaran tertunggak; dan/atau
  • menjalankan dan/atau melepaskan kontraktual obligasi kami termasuk tetapi tidak terhad kepada penyerahan milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta/hartanah, jagaan pelanggan, kerja-kerja pembaikan kecacatan, perkhidmatan-perkhidmatan rumah kelab, perkhidmatan-perkhidmatan sekuriti dan penyelenggaraan, perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan; dan/atau
  • untuk penyimpanan rekod dalaman; dan/atau
  • untuk melaksanakan hak-hak perundangan kami termasuk mendapat nasihat perundangan dan kewangan, mengambil langkah-langkah awalan atau memulakan apa-apa tindakan undang-undang; dan/atau
  • untuk tujuan audit; dan/atau
  • untuk pengemukaan sebarang tuntutan; dan/atau
  • pencegahan jenayah; dan/atau
  • apabila pihak ketiga memperoleh atau ingin memperoleh atau membuat pertanyaan berkenaan dengan pemerolehan kepentingan di mana-mana syarikat di dalam Kumpulan Mines Resort Berhad; dan/atau
  • mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk kami dan membuat pendedahan dibawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami atau mana-mana syarikat ahli Kumpulan Mines Resort Berhad.
  1. D.PENDEDAHAN

Senarai orang/organisasi yang mana data boleh didedahkan:

  • Agen-agen dan pembekal perkhidmatan kami (termasuk mereka yang berada di luar negara) yang memberi perkhidmatan berkenaan dengan tujuan data peribadi dikumpulkan; dan/atau
  • Pihak ketiga (termasuk mereka yang berada di luar negara) termasuk tetapi tidak terhad kepada majikan-majikan, kontraktor-kontraktor, pembekal-pembekal, rakan-rakan, rakan-rakan usaha sama, agen-agen bebas, pembeli-pembeli, syarikat-syarikat pengurusan harta, institusi-institusi kewangan yang relevan, syarikat-syarikat utiliti dan sub-kontraktor; dan/atau
  • Dalam keadaan dimana berlakunya kelewatan atau kemungkiran bayaran, kepada peguam-peguam yang dilantik oleh kami, agensi-agensi kutipan hutang, agensi-agensi pelaporan kredit; dan/atau
  • Sesiapa yang berada dibawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengakujanji untuk menyimpan kerahsiaan data-data tersebut; dan/atau
  • Syarikat-syarikat di dalam Kumpulan Mines Resort Berhad dan/atau
  • Rakan-rakan perniagaan kami dan sekutu-sekutu yang memberikan perkhidmatan-perkhidmatan atau produk-produk yang berkenaan dan berkaitan dengan perniagaan kami; dan/atau
  • Pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan bagi pihak kami seperti juruaudit-juruaudit, peguam-peguam, penasihat-penasihat, setiausaha syarikat dan syarikat-syarikat insurans; dan/atau
  • Pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan, pihak berkuasa statutori, pihak berkuasa tempatan dan pengawal selia industri; dan/atau
  • Kami boleh mendedahkan data peribadi sekiranya diperlukan oleh undang-undang atau dalam niat baik, sekiranya tindakan sedemikian adalah perlu untuk (i) mematuhi keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses perundangan; atau (ii) melindungi dan mempertahankan hak-hak atau harta syarikat-syarikat yang berada di dalam Kumpulan Mines Resort Berhad atau kakitangannya.

E. AKIBAT KEGAGALAN MEMBERI DATA PERIBADI

Sekiranya kamu gagal memberikan data peribadi kepada kami, atau data peribadi yang diberikan kepada kami tidak mencukupi atau tidak memuaskan kami, permohonan atau permintaan kamu untuk mana-mana tujuan yang dinyatakan di Bahagian C diatas mungkin tidak diterima atau bertindak keatasnya atau permohonan kamu untuk melayari informasi di laman web Kumpulan Mines Resort Berhad mungkin ditolak atau kami tidak dapat memberikan semua manfaat perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau produk-produk kami kepada kamu dan/atau melaksanakan obligasi-obligasi kami dibawah kontrak-kontrak yang wujud atau kontrak-kontrak di masa hadapan dan/atau perjanjian-perjanjian dengan kamu.

F. SEKURITI DAN PERLINDUNGAN DATA

Kami memberi jaminan kepada kamu bahawa data peribadi kamu akan dianggap sebagai rahsia dan kami akan mengimplementasikan langkah-langkah atau prosedur-prosedur yang sewajarnya menurut undang,undang, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan bagi menjamin dan melindungi data peribadi dan mencegah penggunaan yang tidak dibenarkan dan menyalahi undang-undang, kehilangan, akses sengaja atau pendedahan, pemindaan atau kemusnahan data peribadi kamu.

Akan tetapi, sebarang persoalan, komen, cadangan atau informasi melainkan data peribadi yang diberikan kepada kami dengan apa cara jua pun (termasuk yang dihantar atau dipos di laman web Mines Resort Berhad) akan dianggap diberi kepada kami secara sukarela atas dasar tidak sulit dan tidak dimiliki.

G. PENGEKALAN DATA

Data peribadi yang dikumpulkan akan disimpan selagi diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan di Bahagian C diatas yang mana selepas itu kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan semua data peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal sekiranya ia tidak lagi diperlukan melainkan pengekalan tersebut diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang, peraturan atau perakaunan atau untuk melindungi kepentingan Kumpulan Mines Resort Berhad.

H. PEMINDAHAN DATA

Dalam urusan perniagaan kami, kami mungkin perlu memindahkan data peribadi kamu ke luar dari Malaysia tetapi data peribadi tersebut hanya digunakan untuk tujuan yang dinyatakan di Bahagian C diatas dan didedahkan kepada pihak-pihak yang dinyatakan di Bahagian D diatas.

I. HAK UNTUK MENGAKSES DATA PERIBADI

Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kamu mempunyai hak untuk mengakses data peribadi kamu yang dipegang oleh kami dan kamu boleh memohon untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan.

Sekiranya kamu mempunyai sebarang persoalan berkenaan dengan Notis Privasi dan Perlindungan Data atau sekiranya kamu ingin memohon akses kepada Data Peribadi kami atau sekiranya kamu ingin membetulkan data peribadi kamu atau sekiranya kamu ingin memohon supaya data peribadi kamu dikekalkan oleh kami hanya bagi tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang mana ia dikumpulkan atau sekiranya kamu ingin berkomunikasi dengan kami berkenaan dengan bantahan kamu bagi penggunaan data peribadi kamu untuk tujuan pemasaran yang mana kami tidak akan menggunakan data peribadi kamu untuk tujuan tersebut atau sekiranya kamu ingin menarik balik, sepenuh atau sebahagian, kebenaran kamu kepada kami untuk memproses data peribadi kamu bagi tujuan yang dinyatakan di Bahagian C diatas atau untuk memindah data peribadi kamu kepada pihak-pihak yang dinyatakan di Bahagian D diatas, kamu boleh menghantar permohonan kamu secara bertulis di alamat berikut:

MINES RESORT BERHAD
G-1 and  1st Floor, Office Tower, The Heritage, 
Jalan SB Dagang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan,

.Attn:  Amelyn

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.        

Fax: 603-89439059

Tel: 603-89436868 (ext 101)

Walau apa pun penarikan balik kebenaran kamu, kami boleh menyimpan data peribadi kamu dan memproses data peribadi kamu dalam keadaan yang mana diiktiraf dan dibenarkan oleh undang-undang dan/atau diperlukan dibawah syarat-syarat kontrak.

Kami mempunyai hak untuk mengenakan bayaran yang sewajarnya bagi tujuan memproses apa-apa permohonan mengakses data.

J. KONFLIK

Sekiranya terdapat sebarang konflik dan/atau tidak konsisten antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

Muat turun :

      

    A masterpiece of environmental restoration and constructive reengineering, the site was transformed from a land hostile to nature and the sustainment of life to a terrain brimming with a plethora of flora and fauna.


    Construction commenced in 1993 and the course was left to mature for a year with maintenance of the highest standards. It was officially opened for play in 1994 by Malaysia's former Prime Minister, Tun Dr Mahathir  Bin Mohamed, who was then appointed as the Patron of the Club.


    Affectionately partitioned between the first Crane Nine and second Eagle Nine, the parkland-styled course plays 6,966 yards from the championship tees but is golfer-friendly nonetheless with wide tree-lined fairways and well-contoured greens.



      

    Par :                            71

    Length :                     6,966 Yards

    Green :                      Tifdwarf Bermuda

    Fairways :                 Greenless Park

    Signature Hole :      Hole 11

    Average Speed :     9 FT

    Note :                        After completion in 1993, greens were left to mature for a year with maintenance of the highest standards.

    Weblinks

    Contact Us

    Tel: +603-8943-2288

    Fax: +603-8943-9212
    Email:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Web : www.MinesGolfClub.com

    facebook

         instagram


    Supplied by Golfweather.com